kuih keri@kuih gelang
Bahan-bahan (20-25 biji)
· 600gram ubi keledek/ubi manis
· 2 cawan tepung gandum
· 5 sudu besar gula
· 1/2 cawan air
Cara-cara
1. Rebus ubi dengan garam hingga empuk. Keluarkan ke dalam bekas, lenyek-lenyekkan. biar sejuk sebentar. Campurkan tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)
2.
Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.
3. Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, perlahankan api dan masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar sehingga gula menjadi kering dan putih. Tutup api dan hidangkan.
0 comments:
Post a Comment