BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 3 June 2011

konflik


CARA-CARA MENGATASI KONFLIK RUMAHTANGGA
.
Di dalam sebuah perkahwinan, suami adalah ketua dan pemimpin ke atas semua ahli keluarganya. Hal ini telah disebut dengan jelas oleh Allah SWT di dalam firmannya, yang bermaksud :
“Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum perempuan dan kaum lelaki membelanjakan sebahagian daripada hartanya.”
(Surah An- Nisa : 4)
.
Sesuai dengan tanggungjawab dan penghormatan yang
begitu tinggi diberikan kepada suami maka beliau
berkewajipan untuk mencari jalan bagi mengatasi
persoalan-persoalan
yang timbul di dalam rumahtangganya, termasuklah
bila berlaku krisis dengan penuh hikmah dan
kebijaksanaan.

Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :
a. Suami hendaklah sentiasa sensitif dengan setiap
kejadian di dalam rumahtangga.
b. Suami mesti mengkaji dengan teliti sebab-sebab punca
insiden.
c. Sebab-sebab kejadian.

Setelah tindakan tersebut dilakukan dan ternyata ia berpunca daripada pihak suami sendiri maka suami mesti mengakui kesilapannya sendiri, buat perubahan tingkah laku. Selain daripada itu suami mesti melaksanakan ssegala tanggungjawab dengan sempurna dan membentuk kepimpinan pada diri suami sendiri. Di samping segala usaha dilakukan suami mesti berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Bagaimanapun jika suami mendapati punca masalah adalah daripada faktor
luaran suami mesti melakukan tindakan-tindakan berikut :
1.  Menasihati isteri supaya hentikan perbuatan.
2. Suami patut ubah keadaan dalam rumahtangga.
3.  Adakan sekatan atau kawalan, jika perlu.
4.  Suami patut memberi alternatif-alternatif kepada isteri, supaya isteri boleh buat pilihan

Jikalau konflik rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri isteri semata-mata bukan dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah menggariskan panduan melalui firmannya yang bermaksudnya
“Dan isteri-isteri yang kamu curigai atau bimbang berlaku nusyuznya(derhaka), maka hendaklah kamu (suami) menasihati mereka, dan jika sekiranya mereka berdegil tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.”
(Surah An-Nisa’: 34)
.

0 comments: