BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 23 June 2011

ketayap

hari ne saya nak ajar cara buat kuih tradisi...bewarna hijau..lembut...dan rasanya lemak2 manis...jeng..jeng...kuih apa kah itu....inilah kuih ketayap...mungkin jenerasi sekarang kurang menyukainya...tapi kuih ini masih menjadi kegemaran org tua2....so...sape2 yg masih ada atuk atau nenek boleh le mencuba.sekadar menghiburkan hati mereka....seronoknye...cucu teman buatkan kuih hari neee....

bahan-bahannye....(A)
2cawan air
3cawan tepung gandum
1 biji telur
secubit garam
1sudu teh pewarna hijau
 untuk inti...(B)
1 biji kelapa
1 cawan gula
1 senduk kecil gula merah
1 sudu besar tepung gandum
cara2(senang je)
masuk je semua bahan A ke dalam pengisar...and kisar sampai semua sebati..pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat....tapis bancuhan kedalm bekas...ambil 1 senduk kecil dan loyangkan ke dlm kuali kecil...sapu minyak terlebih dahulu pada kuali supaya tidak melekat.....angkat apabila masak...api pastikan perlahan...
untuk intinye...masakan semua bahan B diatas api sampai kelapa naik bau...dan angkat...
akhir sekali...ambil sekeping dan bubuh 1 sudu kecil inti kelapa di atasnye da gulungkan secantik yg boleh...baru beselera nak mkn....

Friday 3 June 2011

Kek kukus coklat



 Bahan-bahan ( sebiji kek )
  • Milo 1 Cawan,
  • 2 biji Telur,
  • Gula 1 cawan,
  • Susu pekat 1 cawan,
  • Minyak 1 cawan (boleh guna minyak sayuran atau minyak masak jer)
  • Tepung gandum 2 cawan,
  • Soda bikarbonat 2 sudu teh,
  • Baking powder 2 sudu teh,
  • Garam ½ sudu teh,
  • Koko serbuk 1 cawan
  • Untuk topping, 1 cawan coklat masakan, 2 sudu besar susu pekat, sedikit colour rice

Cara-cara

  1. 1. Pukul telur sama gula hingga kembang.
  2. Masukkan minyak dan susu. Pukul sampai kembang
  3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, garam,milo,koko dan gaul sampai sebati
  4. Masukkan 1 cawan air masak panas dan gaul lagi.
  5. Kukus dengan api sederhana selama 1 jam atau lebih
  6. untuk topping.. masukkan coklat masakan dan susu. Cairkan menggunakan kaedah double boil. Apabila coklat cair bolehla siram kat atas kek tu.Then taburkan colour rice.

isteri

Ganjaran Seorang Isteri Di Sisi Allah
Alangkah bertuahnya seorang isteri....
Beruntunglah seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia berkerja dengan Tuhan,,
jadi "kilang"manusia...
Tiap tiap bulan ia diberi cuti bergaji penuh...
7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang...
tetapi Alah anggap diwaktu itu sembahyangnya adalah yg terbaik darinya...
cuti bersalin juga sehingga 60 hari,,
cuti ini bukan cuti suka hati,
tapi cuti yang allah berikan kerana dia bekerja dengan Allah...
Orang lelaki tiada cuti dari sembahyang...
Sembahyang wajib baginya dari baligh hingga hujung nyawa...
Satu lagi berita gembira buat wanita...
Sepanjang dia mengandung,allah akan sentiasa mengampunkan dosanya..
Lahir sahaja bayi,kesemua dosanya habis...
Inilah nikmat tuhan berikan kepada wanita...
Jadi kenapa perlu takut untuk beranak?
Marilah kita pegang kepada tali allah...
Seandainya wanita itu mati sewaktu melahirkan,ia dianggap mati shayid
Allah izinkanya terus masuk syurga...
Bagi orang kafir,dia tidak dapat masuk syuga..namun Allah beri kelonggaran siksaan kubur...
Buat peringatan bagi wanita yang bersuami..
Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala...
Tetapi,dosa2 suami isteri tidak tanggung...
Diakhirat nanti,seorang wanita solehah akan terkejut dengan pahala axtra yang banyak dia terima di atas semua kebaikan suaminya yang tidak disedarinya...
Contohnya,bila dia redha suaminya pergi berjemaah dimasjid atau ke majlis ilmu,bersedekah...ganjaran Allah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh2 di titian sirat...
Dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya...
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk ke syurga...
Didunia lagi,kalau suaminya dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi diakhirat..
Kalau seorang isteri asyik merungut,,mulut selalu muncung terhadap suami dia tidak akan dapat pahala extra ini..
Manakala suami pula mempunyai tugas2 berat didalam dan diluar rumah...segala dosa2 anak isteri yang tidak dididik dia akan ditanggung tambah lagi dosa2 yang lain..
Dinasihatkan pada semua wanita supaya faham akan syariat allah agar tidak derhaka kepadanya..
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki dan bukan juga dari tapak kaki...
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirdengan kamu(lelaki)...
Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi...




konflik


CARA-CARA MENGATASI KONFLIK RUMAHTANGGA
.
Di dalam sebuah perkahwinan, suami adalah ketua dan pemimpin ke atas semua ahli keluarganya. Hal ini telah disebut dengan jelas oleh Allah SWT di dalam firmannya, yang bermaksud :
“Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum perempuan dan kaum lelaki membelanjakan sebahagian daripada hartanya.”
(Surah An- Nisa : 4)
.
Sesuai dengan tanggungjawab dan penghormatan yang
begitu tinggi diberikan kepada suami maka beliau
berkewajipan untuk mencari jalan bagi mengatasi
persoalan-persoalan
yang timbul di dalam rumahtangganya, termasuklah
bila berlaku krisis dengan penuh hikmah dan
kebijaksanaan.

Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :
a. Suami hendaklah sentiasa sensitif dengan setiap
kejadian di dalam rumahtangga.
b. Suami mesti mengkaji dengan teliti sebab-sebab punca
insiden.
c. Sebab-sebab kejadian.

Setelah tindakan tersebut dilakukan dan ternyata ia berpunca daripada pihak suami sendiri maka suami mesti mengakui kesilapannya sendiri, buat perubahan tingkah laku. Selain daripada itu suami mesti melaksanakan ssegala tanggungjawab dengan sempurna dan membentuk kepimpinan pada diri suami sendiri. Di samping segala usaha dilakukan suami mesti berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Bagaimanapun jika suami mendapati punca masalah adalah daripada faktor
luaran suami mesti melakukan tindakan-tindakan berikut :
1.  Menasihati isteri supaya hentikan perbuatan.
2. Suami patut ubah keadaan dalam rumahtangga.
3.  Adakan sekatan atau kawalan, jika perlu.
4.  Suami patut memberi alternatif-alternatif kepada isteri, supaya isteri boleh buat pilihan

Jikalau konflik rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri isteri semata-mata bukan dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah menggariskan panduan melalui firmannya yang bermaksudnya
“Dan isteri-isteri yang kamu curigai atau bimbang berlaku nusyuznya(derhaka), maka hendaklah kamu (suami) menasihati mereka, dan jika sekiranya mereka berdegil tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.”
(Surah An-Nisa’: 34)
.

Thursday 2 June 2011

konflik


 PUNCA-PUNCA KONFLIK RUMAHTANGGA
Krisis rumahtangga boleh berlaku disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Bagaimanapun tiga faktor utama yang membuatkan kegagalan suami isteri untuk bersefahaman dan seterusnya mengakibatkan krisis di dalam rumahtangga.
.
1. Komunikasi
Kegagalan pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan berkesan selalunya akan membawa implikasi yang buruk terhadap sesebuah rumahtangga. Komunikasi agresif seringkali terjadi di dalam hubungan suami isteri. Di mana suami isteri memaksa pasangannya menerima sesuatu pendapat. Hal ini kerap menimbulkan reaksi pertelingkahan. Bagaimanapun teknik inilah yang kerap digunakan oleh suami isteri di dalam menyampaikan hasratnya.
Di antara teknik agresif ialah :
a. Paksaan : Memaksa pasangan menerima apa yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang keras, ugutan dan sebagainya.
b. Menyakinkan : Dengan cara pujuk rayu, berjanji dan sumpah, tujuannya untuk menyakinkan pasangan bahawa untuk kebaikan bersama.
c. Penilaian : Memberi penilaian kepada sesuatu perkara dengan cara merendah-rendahkan pasangan.
d. Melindungi : Tidak menyatakan sesuatu dengan sebenarnya.
e. Menangguhkan : Melengah-lengahkan sesuatu harapan atau permintaan dengan tujuan supaya dilupakan atau sebagai satu dalihan untuk menolak.
f. Menyalahkan orang lain : Berlaku bila seseorang rasa marah dan tidak diketahui sebabnya. Oleh itu, ia mula mencari sasaran untuk melepaskan kemarahan.
2. Tanggungjawab
Pertelingkahan di dalam rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak menjalankan kewajipannya dengan sempurna.
Tanggungjawab di dalam rumahtangga meliputi :-
a. Nafkah : Suami tidak disediakan nafkah yang mencukupi kepada anak dan isteri.
b. Tempat tinggal : Tidak menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kadang kala tidak menjelaskan sewa dan sebagainya.
c. Kebajikan : Termasuk soal perhatian, kesihatan perubatan, layanan persekolahan anak-anak dan pendidikan kerohanian.
d. Keselamatan : Perlindungan dari segala ancaman luaran dan dalaman.
e. Kasih sayang : Kasih sayang di antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk supaya sentiasa mekar dan bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak berusaha ke arah tersebut ia akan semakin pudar dan berkurangan.
3. Seksual
Seksual di dalam sesebuah perkahwinan merupakan suatu tuntutan biokologikal. Ia juga merupakan terjemahan kepada perasaan cinta dan kasih sayang suami isteri. Oleh itu, hubungan seksual adalah keperluan yang mesti dipatuhi dengan penuh kerelaan di antara suami dan isteri. Kerapkali berlaku krisis rumahtangga bila suami / isteri mengalami masalah seksual seperti :
a. Rendah nafsu atau perbezaan keinginan di antara suami isteri disebabkan oleh penyakit atau kejemuan.
b. Nafsu yang tinggi.
c. Penghindaran seks. Suami isteri sering kali menolak atau mencari helah untuk tidak membuat hubungan seks.
d. Enggan melakukan seks dengan pasangan tetapi dalam masa yang sama berkeinginan untuk melakukannya dengan orang lain.
e. Tidak ada tindakbalas / dingin.
f. Tidak sampai ke kemuncak
g. Keuzuran
h. Ketakutan
i. Takut mengandung
j. Sakit semasa atau selepas melakukan seks.
.